"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah UMNO-PAS

Nampaknya Muzakarah yang telah dijalankan oleh UMNO dan PAS sebanyak tiga kali sebelum ini memanaskan punggung-punggung parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat. Udenikov memang menjangkakan ini akan berlaku kerana parti komponen lain dalam BN tidak berfikiran seperti mereka. Parti komponen BN sememangnya memahami.

Puncanya mudah, PKR dan DAP tidak memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam. Hanya UMNO dan PAS yang berfikiran jauh untuk sama-sama duduk memikirkan nasib dan kedudukan agama Islam serta orang Melayu. Jadi pada hemat Udenikov, tak perlulah pemimpin-pemimpin PAS melayan karenah orang-orang DAP dan PKR yang mahukan penjelasan. Siapa mereka? Merekakah yang memperjuangkan nasib orang Melayu? Merekakah yang mengagungkan Islam sebagai agama rasmi negara? Mereka yang ke hulu-hilir menyokong Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam? Udenikov memikirkan,
merekalah orang-orang yang cuba menelan kesucian agama Islam dan menelanjangi hak-hak istimewa orang Melayu.

Ayuh! Bangkitlah orang-orang Melayu untuk mempertahankan keagungan Islam dan keistimewaan hak orang Melayu untuk generasi kita akan datang. Janganlah anak-anak cucu-cicit kita kembali ke zaman sebelum merdeka apabila hanya mampu tunduk kepada penjajah.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Monday, July 21, 2008

Seloka Persidangan...


Persidangan sudah kunjung tiba
Semua mula hendak bekerja
Buku Persidangan 2,3 muka
Baru nak buat, padanlah muka

Penyandang isytihar pertahan jawatan
Calon baru dah panas badan
Puas merantau ke semua cawangan
Mudah-mudahan dapat pencalonan

Pelbagai persiapan telahpun dibuat
Memang terbukti bekerja kuat
Bukan mengongkong, bukan menyekat
Perebutan jawatan perlu dielak

Mesti dikota apa dijanji
Supaya tak menyesal kemudian hari
Hentikan berbalah, teruslah berbakti
Untuk kebahagian semua generasi

Teruskan Bermuzakarah...

Udenikov tertarik dengan tajuk akhbar utama dalam Utusan Malaysia yang bertajuk "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - UMNO tidak letak syarat". Ini menunjukkan dalam suasana politik yang ditegangkan oleh PKR dan DAP, UMNO dan PAS yang lebih dilihat memperjuangkan nasib Islam dan orang Melayu. Keikhlasan ini yang perlu dilihat. UMNO tidak pernah meletak syarat untuk bermuzakarah. Kejujuran ini yang penting dan sebagai pembakar semangat kepada orang Melayu untuk terus memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam secara menyeluruh dan secara kolektif. Sungguhpun kenyataan Mahfuz Omar dalam Harakahdaily dilihat semacam mencampuri urusan anak-beranak UMNO, Udenikov tetap yakin, muzakarah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS menjanjikan masa depan yang lebih harmoni untuk orang-orang Islam dan Melayu dalam Malaysia.


Teruskan bermuzakarah... Jangan sampai Melayu lenyap di bumi sendiri.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Wednesday, July 16, 2008

PAS semakin lantang... mengenang nasib dalam PR

Pas bukan 'melukut di tepi gantang'
KUALA LUMPUR 15 Julai - Dewan Muslimat Pas Pusat hari ini menyokong pendirian tegas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.
Setiausaha dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kehadiran Pas dalam persada politik tanah air bukanlah seperti 'melukut di tepi gantang' kerana ada atau tiadanya jentera Pas memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP pada pilihan raya umum lepas.
Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah, minggu lalu.
Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.
Aiman Athirah, dalam satu kenyataan di sini hari ini, menegaskan bahawa Pas sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata, penguasaan Pas terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius.
"Justeru, tidak bermakna apabila Pas hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka Pas sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.
Oleh itu, katanya, adalah wajar Presiden Pas secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan pembangkang agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar Pas.
- Bernama
Justeru, katanya, prinsip dan dasar perjuangan Pas juga seharusnnya dihormati dan umat Islam di negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam sebenar dan bukan dalam pemikiran sempit beberapa pihak lain.
-------------------------------------------------------------------------
Udenikov dah kata dah... orang-orang PAS mula sedar kedudukan mereka dipandang sebelah mata je di kalangan PR. Orang-orang PAS perlu sedar, ahli-ahli mereka hanya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam. TAPI, PKR dan DAP tidak... Udenikov khuatir sekiranya mereka tidak sedar... banyak kemungkinan akan berlaku yang mampu mengganggu gugat nasib orang Melayu khususnya dan generasi-generasi akan datang.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Debat...

Semalam udenikov yakin, hampir sebahagian besar rakyat Malaysia yang berkesempatan dan berpeluang menonton untuk menilai sendiri debat antara Datuk Ahmad Shabery dan Anwar Ibrahim.



Udenikov yakin pelbagai reaksi akan timbul ekoran dari hasil perdebatan semalam. Dan adakah matlamat perdebatan tercapai diakhirnya? Apakah rakyat melihat Shabery yang berjaya mematahkan perjuangan dan omong-omong Anwar? Atau Anwar dilihat sebagai hero kepada pembangkang dalam memastikan PR memang boleh menurunkan harga minyak. komen anda....?

Tuesday, July 15, 2008

Utusan 15 Julai 2007 - Anwar ingkari polis

Anwar ingkari polis * Gagal hadir beri keterangan kes liwat * Boleh kena tangkap

Oleh SHARILFUDDIN SAARI, SAIFUL SAHAK dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 14 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, polis mesti mengambil tindakan susulan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.

Katanya, Anwar bukan seorang yang istimewa sehingga membolehkannya terkecuali daripada peraturan dan undang-undang.

“Takkan Anwar mesti menjadi anak istimewa yang terkecuali daripada peraturan dan undang-undang?

“Kita suruh dia datang semalam, dia kata akan datang hari ini pukul 2.30 petang. Bila kita kata okey, dia tak datang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Syed Hamid yang enggan mengulas adakah tindakan susulan itu bermaksud Anwar akan ditangkap berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.


‘‘Ini kerja polis (tindakan susulan). Biarlah semua orang, siapa juga yang melakukan jenayah, dia akan tertakluk kepada undang-undang terutama yang melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.


‘‘Kalau tak ada, tak adalah. Lepaslah dia. Tak ada apa, kenapa takut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin pada sidang akhbarnya berkata, polis mempunyai tiga tindakan yang boleh diambil ke atas Anwar berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Antara lain Seksyen III (2) memperuntukan mana-mana individu yang tidak mematuhi notis menghadirkan diri mengikut Seksyen itu, boleh dikenakan waran mahkamah untuk diambil keterangan individu terbabit.

Anwar dikehendaki memberi keterangan bagi membantu siasatan kes liwat membabitkannya ekoran laporan polis bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu. Kes itu disiasat sebagai kes liwat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Peguamnya, S.N. Nair yang mengesahkan perkara itu, menegaskan Penasihat PKR itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK.

Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada waran tangkap akan dikenakan ke atas Anwar.

Beliau hanya menegaskan, ekoran kegagalan Anwar hadir memberi keterangan hari ini, polis akan bertindak mengikut Seksyen 111 kanun tersebut.

Tambahnya, polis selama ini telah memberi pelbagai ruang dan kelonggaran kepada Anwar untuk menentukan sendiri tarikh memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Kita telah terima secara lisan persetujuan beliau hadir dan diambil keterangan pukul 2 petang hari ini, sebab itu satu notis ikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah telah cuba diserahkan kepada Anwar di rumahnya di Segambut di sini semalam.

“(Walaupun telah ada persetujuan lisan) notis itu perlu bagi menunjukkan ia panggilan rasmi daripada polis.

“Petang ini, selepas kita panggil beliau untuk diambil keterangan tetapi malangnya beliau tidak hadir,” katanya.

Mengenai dakwaan peguam Anwar bahawa surat pemberitahuan yang difaks pukul 5 petang semalam kepada beliau tentang ketidakhadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu petang ini, Mohd. Bakri memberitahu: “Sepanjang hari saya di pejabat, saya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tak terima apa-apa surat (daripada Anwar).”

Beliau menegaskan, proses mengambil keterangan daripada Anwar itu adalah perkara biasa bagi pihak polis melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa keluarga Anwar berasa terganggu ketika cubaan polis menyerahkan notis dipanggil memberi keterangan itu, Mohd. Bakri berkata, ia cuma andaian semata-mata.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, siapa juga yang melakukan jenayah akan tertakluk kepada undang-undang terutama melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.

Katanya, Anwar tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah.

Malah, kata belaiu, kalau ada laporan polis, langkah terbaik bagi membuktikan laporan ini tidak betul ialah dengan memberikan keterangan kepada polis.

“Polis kini hanya mempunyai keterangan daripada sebelah pihak (Mohd. Saiful). Mereka juga telah membuat semua penyiasatan yang perlu dan keterangan diambil begitu beradab dan tertib,'' katanya

--------------------------------------------------------------------------------------

Udenikov rasa ... Berani kerana benar, Takut kerana salah. Orang-orang yang dikatakan menjadi dalang konspirasi telahpun tampil. Tetapi, orang yang menyatakan dirinya tertindas, masih belum membuat keterangan kepada pihak polis. Atau,mungkin ada pula suara yang memberi nasihat, Enta tidak perlu memberi keterangan... Entahlah...Nilailah nilailah...

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@


Tak dapat sambutan...


Benar, rakyat sudah mula sedar dengan tindakan pihak-pihak tertentu untuk menjadikan demonstrasi sebagai cara hidup mereka.

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Monday, July 14, 2008

Sandiwara tetap diteruskan...


Tindakan Speaker Dewan Rakyat untuk menolak usul tidak percaya yang diusulkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Ismail memang topek samo sekali. Tuan Speaker memang berada di landasan yang betul semasa membuat keputusan. Kerajaan memang mahukan Parlimen menjadi 'world class parliament', tapi pada masa yang sama Pembangkang cuba menidakkan ia.

Kenapa la dorang ni ekkk... yang pasti Udenikov juga berperasaan seperti mana Rakyat nyatakan ini semua adalah skrip yang direka khas oleh Anwar Ibrahim untuk mengkesampingkan isu-isu peribadi dia.

Udenikov perhatikan sejak isu saiful membuat laporan polis, satu persatu skrip yang dimainkan oleh anwar ibrahim. Dan setiap skrip dan aksi permainan lakonan beliau ada diselitkan 'akan...' , 'tetapi, mengikut ....'. baik dari segi slot 'dimana beliau berada pada 26jun08', slot 'siapa MP BN yang akan melompat ke PR', slot 'akuan bersumpah Bala', slot 'konspirasi', slot 'saya tak perlu bermubahalah', slot 'laporan Qazaf', slot 'undi tak percaya'.... macam-macam la... Sehingga kini, beliau tidak nyatakan dimana beliau berada pada 26jun08, dan siapa MP BN yang akan masuk PR. Udenikov merasakan anwar bukan sahaja ada plan A-B malah plan Alfa, Plan Beta waimma plan Gamma sekalipun...

Yang pasti, rakyat jelata mula dapat memikirkan sesuatu yang waras dengan apa yang cuba dihidangkan oleh anwar dan orang-orangnya. Udenikov yakin, rakyat sudah mula mual, bosan, meluat dengan apa yang dihadapi seharian.

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Retak Menanti Belah...

Pas tidak terlibat - Salahuddin
KUALA LUMPUR 13 Julai - Pas mendakwa parti itu tidak tahu-menahu mengenai sebarang rancangan mengadakan perhimpunan besar-besaran anjuran pakatan pembangkang di Parlimen esok.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, isu tersebut ada dibawa ke mesyuarat Pusat parti itu tengah hari ini.
"Pada mesyuarat tersebut, kami memutuskan bahawa perkhabaran mengenai perhimpunan tersebut adalah satu khabar angin yang tiada kesahihannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Salahuddin berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan tersebut selepas membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz beberapa hari lalu.
"Sekiranya terdapat sebarang perhimpunan di bangunan Parlimen sebagaimana yang diuar-uarkan, ia bukan anjuran Pas," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram besar-besaran anjuran pakatan pembangkang di bangunan Parlimen esok.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang perhimpunan tersebut diadakan di situ.
----------------------------------------------------------------------------------------
Usia anak-beranak Pakatan Rakyat belum pun setengah tahun... tapi, jika dilihat semakin hari semakin banyak yang tak menggambarkan mereka tu anak beranak... Satu persatu persoalan timbul daripada pakatan rakyat yang semacam ada pakatan tersendiri dalam kononnya mereka berpakat. Kes 'punggung ku tunjuk tanda protes minyak', kes PAS mula memikirkan pendirian mereka dalam Pakatan, dan kes 'tidak tahu' penganjuran perhimpunan hari ini di Parlimen serta kenyataan PAS dikesampingkan oleh Hj Hadi. Begitulah Pakatan yang mahu dilihat gah walaupun sebenarnya rapuh di dalam..

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Friday, July 11, 2008

Peralihan Kuasa

Keputusan yang dinanti-nantikan oleh semua orang. semoga semua akan bersabar menanti Jun 2010 tiba. Tapi, yang pasti... walaupun keputusan sudah dibuat, pihak lain tetap akan menyerang Pak Lah dan Najib.

Ayuh ahli-ahli UMNO semua, rapatkan semula barisan kita... sama-samalah kita memperjuangkan nasib orang Melayu.

Thursday, July 10, 2008

Selamat Bersidang




Selamat Bersidang diucapkan kepada semua UMNO Cawangan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan di dalam Bahagian Tebrau.



Semoga persidangan kali ini akan berjalan dengan lancar. Dan sebelum terlupa, selamat bertanding kepada calon-calon dan semoga pemilihan dapat dilaksanakan dengan harmoni.



@@ tepuklah dada, tanyalah iman @@

Ini yang berlaku. .

Pepatah ada menyatakan, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Pada udenikov, biarlah udenikov bermandi batuan, tetapi udenikov tetap berasa selamat, seronok, dan gembira dilahirkan di bumi bertuah Malaysia.

Pendek dan panjang pun kata, udenikov bersyukur kerana lahir sebagai anak jati Malaysia. Udenikov ingin berkongsi cerita... ekoran kenaikan harga minyak dan harga barang di seluruh pelusuk muka bumi.

Venezuela terkenal dengan hasil minyak yang begitu banyak sehingga mereka mampu mengeluarkan sehingga 5 juta tong sehari minyak.Memang banyak!!!

Tapi, itu dulu... kini mereka hanya mampu mengeluarkan kira-kira 2.5 juta tong sehari sahaja.

Kerajaan Venezuela memang dikenalai sebagai kerajaan yang mengamalkan konsep 'ingin menjadi popular' sebagai tindakan bertanggungjawab mereka. Inilah yang mendorong mereka menetapkan harga minyak sehingga 30 sen seliter. Ajaiblah kalau dah letak harga 30 sen seliter, tapi tak popular.

Selain itu, Kerajaan Venezuela juga tidak mengamalkan dasar pertanian. Mereka mengimport barang-barang makanan dari negara lain. Tetapi, sejak kebelakangan ini, Venezuela menerima tamparan paling hebat (pangggggg!!!!) apabila inflasi meningkat hampir saban tahun dari 20% hingga 30%.

Ini ditambahkan lagi dengan kadar pertukaran wang asing yang berbeza-beza antara pihak bank dan pasaran gelap. 1 bolivian - RM2, TAPI dalam black market boleh jd sehingga RM3 atau RM4.
Ekoran inflasi yang terlalu tinggi, pada hari ini RM800 dibelanjakan untuk 4 orang menikmati makanan. Mahal seh. Inilah akibat terlalu bergantung kepada pembelian dari luar negara khususnya Colombia. Kenaikan di peringkat global menyebabkan Kerajaan Venezuela semakin parah dan yang pasti rakyat mereka terus menderita.

Begitulah, dasar ingin menjadi POPULAR yang diamalkan Kerajaan Venezuela yang ternyata memakan diri sendiri. Janganlah kita yang aman damai dengan limpahan rezeki dari Allah ingin sama-sama menjadi seperti mereka.

Kenaikan harga minyak dan barang memang tak dapat dielakkan. Kita memang merungut, tak merungut memang tak ada perasaan. Tetapi, JANGAN SAMPAI HILANG IMAN DAN SYUKUR. Biarlah selesa bermandi batuan, daripada merana bermandikan emas...

@@ tepuk dada, tanyalah iman @@

Bermulanya di sini...

Setelah lama mendaftarkan blog khas suara muda Tebrau...
akhirnya, diri ini berjaya melakarkan sesuatu.. sebagai permulaan...

akan bersambung...