"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Sunday, April 5, 2009

Terus berjanji untuk tidak dikotakan!!!

Berita diambil dari MStar Online

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.

"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).

"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.

"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

-------------------------------------------------------------

1. Ini juga antara drama-drama yang disusun oleh Anwar sejak PRU12 tahun lalu.


2. Satu-persatu janji dilafazkan untuk tidak dikotakan. Jika diamati akan kejutan yang akan dikejutkan selepas 7 April 2009, ianya ternyata sekadar untuk meraih sokongan pengundi.


3. Pengundi harus rasional! Tidak perlu diberi undi untuk Pakatan Remeh! Kejutan tersebut HANYA akan diberitahu jika PR menang ketiga-tiga kerusi.

4. Pengundi akan terkejut andainya salah satu kerusi kalah dan Anwar akan kata "Saya dok kata, saya akan beri kejutan jika kita menang semua tiga kerusi. Memandangkan kita tak menang, saya tangguhkan dulu kejutan tersebut". PR akan tersungkur! Bukan satu, bukan dua, tapi semua kerusi tidak akan dimenangi!

5. Percayalah!!! Anwar akan terus memutar belitkan pemikiran kita selagi cita-citanya tidak tercapai!!!

6. Anwar tidak suka jalan lurus! Di suka membengkokkan jalan yang lurus. Maklumlah orangnya pun tak lurus.

Saturday, April 4, 2009

TUN Kembali ke UMNO


1. Alhamdulillah. Syukur.

2. Terima kasih Tun kerana memahami hasrat ahli-ahli UMNO yang merasai kesedihan tatkala Tun meninggalkan UMNO Mei tahun lalu.

3. Kehadiran Tun memang dinanti dan dihargai. Kami yakin, kehadiran Tun akan dapat membantu dan memantapkan lagi UMNO di bawah DS Najib Tun Razak.

4. Kedengaran pembangkang mula gusar dan menjadi cacing kepanasan apabila mendengar Tun akan kembali ke UMNO.

5. Ini kerana, mereka telah sedaya upaya mengajak Tun masuk pembangkang, namun, sebagaimana kata Tun "Hati Saya Dalam UMNO"

6. Pembangkanglah yang menjadi juara apabila Tun menegur Pak Lah. Kira jadi penokok tambah la konon.

7. Di Bukit Gantang, PAS sendiri telah mengakui mereka tertinggal di belakang dalam meraih undi orang Melayu berbanding UMNO / BN. Terang lagi bersuluh.

8. Wadah Tebrau yakin bukan setakat orang Melayu,kaum lain juga akan berubah sokongan kepada BN.

9. Semoga DS Najib akan mesra dan terus mesra dengan Tun. Pandangan dan komen Tun memang bernas dan berpandangan jauh demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.

10. Terima kasih Tun.

11. Alhamdulillah. Syukur.

Wednesday, April 1, 2009

Keputusan dan Janji


KEPUTUSAN

3 DUN kekal sebagai wakil rakyat

01/04/2009 5:03pm


IPOH 1 April – Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), kekal sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan masing-masing.

Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini. – Bernama



JANJI

Anwar berjanji lagi! Awas... kalau dahulu, bunyinya begini "HAri ni Perintah, esok minyak turun.

Kini, Anwar berjanji pula "Kalau hari ini kita perintah, esok semua orang Hindraf bebas"