"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Monday, March 30, 2009

Kembalinya Penghuni ke Rumahnya...

1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

No comments: