"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Thursday, August 21, 2008

BACALAH PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM SEJAK 1998 LAGI

sumber dari blog --> Wira Malaysia

Suka berbohong adalah satu sifat yang tidak disukai semua agama di dunia ini. Dalam Islam orang yang suka berbohong akan dibalas dengan seksa dan ini menunjukkan perlunya orang membenci pembohong. Ini jelas berlaku kepada mantan Presiden Clinton yang membohong rakyat Amerika berkaitan dengan perhubungan sulitnya dengan wanita bernama Lewinsky. Episod ini yang didedahkan dalam akhbar-akhbar dan beratus-ratus buku termasuklah autoboigrafi Lewinsky sendiri jelas memaparkan sikap negatif Presiden Clinton ketika itu. Rakyat Amerika tidak boleh menerima bahawa Presiden mereka tidak bermoral kerana beliau adalah seorang presiden yang patut berpegang pada nilai-nilai agama Kristian

Di England pula, ahli parti konservatif dan rakyat juga menuduh mantan Perdana Menteri Tony Blair memesong dan menipu rakyat dalam menggubal dasar England terhadap peperangan di Iraq. Tony Blair mengatakan Iraq ada pusat mengeluarkan bom nuklear dan ini kononnya membahayakan Eropah. Sebenarnya Tony Blair telah berbohong kepada rakyat apabila loji yang didakwa itu hanyalah sebuah gudang memproses tepung gandum. Rakyat England kecewa dengan Tony Blair kerana beliau adalah sebenarnya suruhan Presiden Bush. Rakyat England juga mengaggap Tony Blair sebagai ” poodle” Presiden Bush. Akibat dari pembohongan ini Tony Blair didesak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Di Malaysia pemimpin-pemimpin politik pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS tidak sepi dari membuat pembohongan. Orang yang paling kuat berbohong ketika ini adalah Anwar Ibrahim, calon Parlimen Permatang Pauh. Beliau mula berbohong ketara pada 1998 lagi. Sejak itu beratus-ratus pembohongan telah beliau lemparkan kepada rakyat Malaysia.

Pemerhati politik mempunyai satu senarai panjang pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. Di antaranya adalah seperti berikut:

• Semasa menjalani hukuman penjara yang pertama beliau telah mengadu sakit leher. Rupanya beliau sihat dan tiada masalah dengan lehernya.


• Memerlukan kerusi roda kononnya tidak boleh berjalan, tetapi apabila kembali di kamar, beliau boleh berdiri tegak dan normal.

• Dakwa akan disuntik dengan kuman AIDS HIV tetapi imaginasi sahaja.

• Mendakwa akan disuntik dengan racun arsenic tetapi tiada apa pun berlaku??

• Bersekongkol dengan IMF atau Bank Dunia kononnya untuk mengukuhkan kewangan Malaysia. Sebenarnya beliau berbohong bertujuan untuk membawa Amerika Syarikat bertapak di Malaysia. Ini disedari oleh Barisan Nasional dan seterusnya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi bankrup dan bergantung kepada Washington seperti yang terjadi kepada Negara Amerika Latin, Somalia, Eutopia dan banyak lagi Negara-negara kecil di Carriebien.

• Berbaik-baik dengan Pak Habibie, Pak Gus Dur, Pak Amien Rais atas alasan mengwujudkan masyarakat madani. Tetapi sebenarnya mereka adalah agen sulit Amerika mempunyai agenda klandestin atau tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.

• Mengadu kepada mantan Presiden Filipina, Madam Aquino dan juga Erap atau Estrada (Mantan Presiden Filipina) tentang keburukan-keburukan di Malaysia. Ini adalah satu pembohongan anti–nasional.

• Menghubungi pemimpin Amerika Condoleeza Rice, Setiausaha Luar Presiden Bush untuk mencemar nama baik Malaysia. Pembohongan ini adalah bertentangan dengan Islam dan rakyat Malaysia.

• Mendampingi CNN /NBC/Al-Jazeera, Herald Tribune, News Week dan BBC. Ini satu lagi saluran untuk beliau berbohong.

• Berceramah di John Hopkins University, George Washington University, Oxford Islamic Institute. Ini satu lagi platform tempat beliau berbohong. Anwar hanya sesuai untuk berceramah di Hyde Park Corner (London) dimana beliau boleh berbohong sehingga malam kepada pelancong-pelancong.

• Berwawancara dengan Metro TV Indonesia dan juga TV Singapura untuk terus memutar belitkan maklumat.

• Berpura-pura dengan sahabat-sahabat sendiri seperti Datuk Nalakurappan, Mohd Ezam dan ramai lagi. Mereka ini terang-terangan dibohongi oleh Anwar Ibrahim sehingga sanggup masuk penjara di Sungai Buloh dan juga Kemunting.

• Kononnya bercakap-cakap dengan Obama (Amerika). Sebenarnya direka dan tidak berlaku.

• Bercakap-cakap dengan Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh. Mereka ini pun dibohongi Anwar. Anwar menipu dan duduk di atas tengkuk mereka untuk melonjak menjadi Perdana Menteri. Perkara seperti ini hanya berlaku di Negara-negara kecil di Afrika.

• Memujuk ulamak-ulamak, imam-imam dan warga Mak Nyah. Mereka akhirnya pun jadi mangsa pembohongan.

• Melaungkan September 16, 2008 beliau akan menjadi Perdana Menteri. Ini lagi satu gempak dan pembohongan. Ustaz Hadi sendiri menganggap Anwar Ibrahim seperti “angan-angan” Mat Jenin.

• Akan berlaku wakil rakyat Parlimen menyeberangi masuk ke PKR pada sesi Parlimen pertama, 2008. Ini pun tidak berlaku.

• Lari masuk dan menyorok di kedutaan Turki kononnya ada ura-ura hendak di apa-apakan. Perkara ini tidak berlaku pun. Yang tertipu adalah Duta Besar Turki, Kuala Lumpur dan juga diplomat-diplomat asing di Kuala Lumpur.

• Mendakwa ekonomi Negara akan merudum akibat kenaikan harga minyak dan makanan. Ini sudah terbukti tidak berlaku dan adalah satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim.

• Akan berlaku huru hara dan boleh membuat pelabur-pelabur asing lari. Malaysia masih aman dan pelabur tidak lari malahan semakin ramai yang melabur di Malaysia.

• Dihadap dan dituduh meliwat pada 1998. Beliau mati-mati menafikan tetapi tidak meyakinkan hakim.

• Kini pada 2008 beliau sekali lagi ditangkap kerana meliwat. Beliau terus menafikan walhal mangsa telah membuat laporan polis serta sanggup bersumpah di dalam Masjid Wilayah Ogos 2008 perihal diliwat Anwar Ibrahim.

• Konspirasi – tidak berhenti becakap mengenai konspirasi. Sebenarnya sahabat dan ahli keluarga beliau terlibat dalam “conspiracy of silence” supaya melindungi kerja-kerja tidak bermoral di merata-rata tempat termasuklah di hotel dan kondo-kondo mewah sejak 1998 lagi.

• Menuduh pihak polis, peguam Negara, BPR menganiaya beliau. Ini satu “diversion” untuk lari daripada kebenaran.

Anwar Ibrahim sering membuat “crywolfs” atau seruan serigala. Seorang budak pengembala kambing membuat seruan meminta pertolongan bahawa kambing-kambingnya diserang serigala. Apabila bantuan tiba kanak-kanak ini tertawa mengatakan beliau hanya berjenaka. Pada kali ketiga perkara ini diulangi, pembantu tiada datang lagi kerana mereka sangka budak itu masih berjenaka.Pengundi-pengundi kita perlu berhati-hati. Kita tiada mahu seorang pembohong menjadi wakil rakyat apatah lagi menjadi kepala pembangkang dalam Parlimen. Apabila sekali berbohong beliau tidak akan ragu-ragu untuk berbohong sehingga akhir hayatnya.

Pakatan Rakyat - Pakatan Rapuh

Pakatan rakyat -> Pakatan Rapuh.

Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar.
-----------------------------------------------------------------
alamak... PAS sudah mula meragui Anwar. Colan yang diangkat-angkat selama ini oleh Pakatan Rapuh. Jadi, Anwar... enta macam mana? sanggupkah ? Takkan la adik beradik sendiri yang mintak penjelasan dan permohonan bersumpah tak nak tunaikan. Ke Anwar tak mau ngaku adik beradik dengan pemuda pas selangor?

Udenikov rasa sedikit demi sedikit, keihklasan PAS dalam PRapuh sudah mula boleh diragui. Macam biasa... kita nantikan, apa abang long nuar nak respon dengan permintaan adik-adik pemuda pas selangor. Tunggguuuuuuuuuuuuu.....

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Wednesday, August 20, 2008

Populist

Populist - kemahuan menjadi popular.

Dalam post udenikov yang pertama, udenikov ada membangkitkan satu isu berkaitan dengan negara Venezuela yang bersikap populist atau ingin menjadi popular dengan menetapkan harga minyak yang bergitu murah.

Dalam konteks negara kita ni pun, udenikov nampak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim memang bercita-cita mengemukakan cadangan karut marut untuk menjadi popular. Dulu, sebelum pilihanraya, konon akan turunkan harga minyak. Kemudian, dalam perdebatan yang ditonton di seluruh negara, Anwar berjanji akan menurunkan 50 sen harga minyak. Begitulah mereka-mereka ni yang nak jadi popular.

Terbaru, Menteri Besar Selangor yang pendek pemikirannya yang ternyata ingin merebut hati di kalangan kaum Cina dan India dengan mencadangkan agar UITM diberikan kuota kepada bukan Bumiputera. Hai hai hai kerajaan PKR ni... suka suka hati dia jek nak memporak perandakan hak Bumiputera di UITM.

Bila disuruh minta maaf, reject.... orang kampung kata 'eksen'. pehal tak nak mintak maaf? nak jadi pelakon pembantu pulak macam ANwar yang dikenali sebagai pelakon utama terbaik pada hari ini? Dah la tak nak mintak maaf, mintak pula kita ni jangan memanjangkan kisah-kisah tahyul dia. ntah apa apa...

dah udenikov kata dulu. PKR ni Persetankan Kehendak Rakyat... dalam konteks permatang pauh ni... udenikov rasa PKR lebih sesuai dikenali dengan nama Parti Kroni Rumahtangga.

kalau kita perhatikan dalam laman web
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com ada video sidang akhbar semasa wan azizah meletakkan jawatan selaku ahli parlimen Permatang Pauh. Perhatikan betul2... terkial-kial dia berucap. malahan kekanda anwar yang tolong menyebutkan patah2. ini yang dikatakan Parti Kroni Rumahtangga. Wan Azizah tak sanggup nak lepaskan jawatan ahli parlimen... tapi, itulah... lu pikirlah sendiri... ehhh kita pikir la sama-sama.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

Permatang Ohh Pauh

Lama udenikov tidak menjengah ke blog ini. Udenikov ke Kelantan, menyelesaikan majlis perkahwinan adik ipar. Tak berkesempatan untuk mencoret di dalam blog. Sejak penamaan calon udenikov hanya mampu membaca dari akhbar berbanding menonton televisyen.

Dari pengamatan udenikov, pr kecil permatang pauh akan sengit. Bukan setakat calon BN yang gah, PKR pun meletakkan penasihat mereka dan satu calon bebas.

Satu cerita yang menarik, Saiful telah berjaya menunaikan janji untuk bermubahalah... Anwar bila lagi? Takut ke? macam-macam la alasan anwar ekkk... itu la ini la... come on anwar, berani kerana benar, takut kerana salah... sebagai orang muslim, buktikan! kenapa perlu takut.!!!!

ni lagi kisah PKR... samseng! Tak nak ngaku lagi ke yang korang-korang ni memang samseng. Tu gambo yang dah diedarkan tu.. pehal? tak nak ngaku jugak? nak jd mcam penasihat korang ke? dolak dalih...

kalau dibaca dalam blog
Aspirasi Bangsa ada diletakkan gambar baju petugas Puteri yang koyak. Jadi Udenikov nak panggil PKR ni Parti Kuat Robek.
Kepada pengundi di permatang Pauh... Nilailah calon yang bertanding Nilai lah nilailah ....

@@@ Tepuk dada,tanyalah Iman @@@

Thursday, August 7, 2008

Kesesakan lagi di KL...

"Beginikah tugas polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan bertindak menyusahkan orang ramai." kata seorang pemanggil yang enggan dikenali.

itulah ayat-ayat yang udenikov baca dalam harakahdaily tentang kesesakan jalanraya yang berlaku di ibu negara ekoran seorang INDIVIDU yang akan didakwa di mahkamah.

Betullah apa yang pihak polis lakukan. Bukankah pengikut2 INDIVIDU tersebut memang taksub dan bisa meranapkan kemakmuran yang ada pada hari ini? Lupakah mereka kepada apa yang berlaku pada tahun 1998-1999? Lupakah kehancuran yang membawa kepada suasana huru hara pada masa itu? Lupakah? Lupakah?

Polis tidak salah melakukan sekatan jalan raya. Tindakan bijak! Pengikut INDIVIDU tersebut akan melakukan apa sahaja demi INDIVIDU mereka.

Itulah pandangan Udenikov... Lain orang, lain pandangan mereka.

Kiraan Menurun ke Sebutan Kes Anwar



Calon Pilihanraya Kecil

Tarikh penamaan dan pengundian telahpun diketahui. Cuma siapakah calon yang akan mewakili parti-parti yang akan bertanding?

Udenikov teringat akan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diulas dalam blog
Dunia Tiger yang menyatakan agar ahli UMNO yang tidak bersih jangan bertanding. walaupun kenyataan tersebut hanya ditujukan kepada ahli-ahli UMNO di dalam suasana persidangan cawangan dan bahagian UMNO, udenikov rasa ianya boleh digunapakai dalam konteks hari ini, yang mana kita sedang menuju ke Permatang Pauh. Malahan, ianya semestinya perlu digunapakai untuk segala bentuk pertandingan.

Calon yang tidak bersih tidak perlu diletakkan sebagai calon untuk mewakili pengundi. Mana bisa yang tidak bersih mahu membersihkan, membetulkan, mengolah yang tidak bersih. Maka, bersihkan dulu diri anda sebelum anda hendak membersihkan orang lain. Bersih di sini, pada pandangan udenikov, perlu bersihnya dari awal hingga ke akhir... bukan setakat bersih hari ini, esok lusa dah dapat jawatan, terus jadi tak bersih. Ish ish ish... berlakon rupanya.

Kepada pengundi P44 Permatang Pauh, jadilah pengundi yang bersih, yang waras pemikiran dalam menentukan wakil rakyat kawasan Tuan-tuan, Puan-puan, abang-abang, akak-akak ya!

@@@ Tepuk dada, tanyalah iman @@@

Wednesday, August 6, 2008

Menghitung detik... Permatang Pauh





Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Fokus kepada tanggungjawab anda!

Penamaan calon dijadualkan pada 16 Ogos 2008, manakala hari pengundian ditetapkan pada 26 Ogos 2008. 10 hari kita akan bermastautin di Permatang Pauh. Ayuh Melayu! Bangkit dan pertahankan kedaulatan Melayu yang cuba dihilangkan dari kamus Malaysia.

Udenikov menggesa agar semua pengundi dapat membuat pilihan terbijak pertama pasca PRU12. Inilah masanya untuk kita menegakkan kebenaran yang yang sudah dibengkokkan oleh orang-orang yang dipesongkan pemikiran mereka.

Udenikov yakin, kemenangan BN di Permatang Pauh akan menjadi penyebab untuk negara kita terus dikuasai oleh Kerajaan yang menjaga perpaduan semua kaum.

Ayuh! Bangkitlah dari lenamu!!! Buktikan yang kamu, kamu kamu semua tidak makan dek janji-janji manis mereka yang tidak bertanggungjawab. Nasib generasi, anak-anak kita pada masa depan perlu difikirkan.

@@@ Tepuk dada, tanyalah iman@@@

Monday, August 4, 2008

Pilihanraya Kecil - Permatang Pauh

Nampaknya, DS Wan Azizah sudah melepaskan jawatan MP. Kalau tak silap, untuk PRU akan datang DS WA tak boleh menjadi calon PRU. Begitu baiknya beliau melepaskan jawatan MP selepas dipilih oleh rakyat Permatang Pauh.

Kalau dilihat, Anwar memang benar-benar mencabar Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU yang lepas. Kalau dilihat, Anwar sememangnya cuba untuk mengkesampingkan ISU PERIBADI beliau yang dilihat sebagai ISU CIPTAAN KERAJAAN. Sekali lagi, Udenikov berperasaan yang begitu mudah; yang dari kecil lagi udenikov dah tahu; malahan ada buku cerita yang meminjam kata-kata ini sebagai judulnya: "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH".

Apa-apa pun, sudah kedengaran, bukan menang tanpa bertanding, bukan 2 penjuru, TAPI dikatakan akan ada pertandingan 3 penjuru di Permatang Pauh. Sama-sama tunggu SPR nak umum hal-hal berkaitan.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

udenikov tak tau la kena bertugas ke idak nanti di Permatang Pauh. Dengar2nya, macam tak kena... udenikov ni ORANG BARU la agaknya.