- Perasaan Udenikov bercampur baur... Bersyukur, gembira dan sedih.
- Bersyukur kerana pemilihan telah selamat dilangsungkan.
- Gembira kerana TSMY (Pagoh), DSHTHO (Sembrong) berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Juga gembira kerana 2 calon MT berjaya iaitu Dato' Dr Fuad Zarkashi (Batu Pahat) dan Dato' Dr Abd Latiff Ahmad (Mersing).
- Perasaan sedih juga ada dalam diri Udenikov kerana YAB Menteri Besar Johor tidak dapat menduduki kerusi MT pada penggal ini. Selaku peneraju negeri Johor, seluruh rakyat Negeri Johor mengharapkan YAB Menteri Besar dapat berada dalam saf MT.
- Selain itu, kekalahan Dato' Halimah juga memberi kesan kepada diri Udenikov. Setelah tewas dalam exco wanita, Dato' Halimah diharapkan dapat berada dalam barisan MT. Apakan daya, perwakilan telah bersuara melalui undi mereka.
- Semoga kepimpinan baru di bawah DS Najib Tun Razak akan terus berusaha memastikan UMNO terus-terusan menjadi teras kepada negara kita.
- Tugas getir menanti mereka khususnya menjelang penamaan calon padaAhad 29 Mac 2009 ini.
Lagi 3 hari...
15 years ago
No comments:
Post a Comment