"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Friday, September 12, 2008

Raja Petra Ditahan ISA

Raj Petra ditahan mengikut ISA
12/09/2008 3:11pm


KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------
LIDAH UDENIKOV

Tindakan yang tepat setelah sekian lama Raja Petra dilihat bermaharajalela menggugat keharmonian dalam negara. Udenikov berharap agar mereka-mereka yang dilihat mencuba-cuba untuk menggugat kesejahteraan dan perpaduan yang telah lama dibina dalam negara kita akan dikenakan tindakan sepertimana yang dikenakan ke atas RP.

Dan tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada 3 akhbar utama The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan menunujukkan Kerajaan akan bertindak tegas ke atas pihak-pihak yang dilihat cuba menggugat keharmonian negara.

No comments: