"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Thursday, February 26, 2009

Harga Tol Naik: Perlu dipertimbangkan semula

Harga tol akan naik lagi bermula Mac ini. Begitulah berita terkini dalam akhbar2 online petang tadi dan dalam berita-berita utama sebentar tadi.

Baru-baru ini, udenikov dan sahabat-sahabat ada membuat sedikit kajiselidik. Salah satu soalannya adalah berkaitan dengab kenaikan harga tol! Ramai responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik menyatakan kenaikan harga tol menjadi salah satu punca sokongan rakyat berkurang terhadap Kerajaan.

Justeru, Kerajaan sememangnya wajar menimbang semula dan memikirkan semula keputusan menaikkan harga tol. Benar, semacam tidak kena dengan situasi sekarang yang melanda dunia. Kemelesetan Ekonomi yang menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Benar, kenaikan telah tertangguh hampir 14 bulan. TETAPI, pertimbangan boleh dilakukan. Mungkin Kerajaan perlu menahan seketika kenaikan harga tol.

Perubahan Jadual Perhimpunan Agung UMNO 2008



KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan akan berlangsung 24 hingga 28 Mac hadapan berubah memandangkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau telah ditetapkan pada 29 Mac 2009.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang semalam bersetuju untuk memendekkan tempoh Perhimpunan Agung UMNO 2008 dengan memanjangkan tempoh perbahasan hingga ke waktu malam pada 27 Mac.

Dalam perkembangan tersebut, acara untuk, hari pertama dan kedua iaitu 24 dan 25 Mac tiada sebarang perubahan apabila dimulakan Majlis Taklimat Presiden dan malamnya akan berlangsung pula majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Pada 25 Mac 2009 Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri berjalan dan proses pengundian untuk mengisi jawatan exco diadakan manakala di sebelah malamnya akan berlangsung Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi.

Sementara pada 26 Mac 2009 Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008 akan berlangsung diikuti dengan proses pengundian untuk pemilihan UMNO peringkat pusat dan seterusnya akan diadakan majlis jamuan makan malam “Jasamu Dikenang”.

Perubahan dilakukan pada 27 Mac apabila perbahasan akan berlangsung hingga ke sebelah malam dan dijangka sekitar jam 11.00 malam akan berakhir.

Oleh yang demikian, ucapan penggulungan dan penangguhan akan dilakukan pada 28 Mac dan dijangka akan berakhir lebih awal iaitu sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pemendekan masa ini dibuat bagi membolehkan ahli-ahli UMNO turun padang pada hari penamaan calon yang jatuh pada 29 Mac 2009 iaitu sehari lepas Perhimpunan Agung UMNO.

Berhubung dengan pemilihan UMNO, rentetan pada majlis cabutan nombor calon yang telah diadakan pada 24 Februari 2009 dan ianya telah berjalan dengan sempurna, satu garis panduan berkaitan perkara ini dikeluarkan iaitu:

i. Butiran peribadi yang lengkap seperti gambar, no. telefon, alamat dan jawatan yang ingin ditandingi dibenarkan dicetak pada kad nama calon/jentera.

ii. Kempen menggunakan media elektronik dan internet seperti sistem pesanan ringkas (SMS) dan email dibenarkan selagi ianya tidak memfitnah/ mencela/ mengkeji calon yang lain


Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai nombor calon bagi calon-calon dari negeri JOHOR.

Tuesday, February 17, 2009

Video Sidang Media ELizabeth WOng

SATU BUKIT LAGI


posting terkini... 3.51 pm

Anwar Ibrahim dikatakan menolak permohonan perletakan jawatan Elizabeth Wong.,

posting asal

DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE...
KUALA LUMPUR:
"Saya ambil keputusan letak kedua-dua jawatan ini selepas ambil kira kepentingan parti dan perjuangan terhadap rakyat," kata Elizabeth Wong yang mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, berkuat kuasa hari ini.

Dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, pagi ini, Ketua Publisiti Wanita PKR itu berkata, beliau akan menemui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyerahkan surat peletakan jawatan itu hari ini"

-----------------------------
Nampaknya, belum pun gendang Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau berbunyi... satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya kecil iaitu BUKIT Lanjan. Jadi bukan 2 bukit... nampaknya 3 bukit menjadi rebutan.

Tuesday, February 10, 2009

Pilihanraya lagi...

Nampaknya ada lagi pilihanraya kecil di awal tahun 2009.

Setakat ni, dua semacam confirm akan diadakan. Satu di Perak (parlimen) dan satu di Kedah (DUN).

Kedua-duanya Bukit.. Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kedua-duanya dipegang oleh PR sebelum ni. Satu Pas, Satu Bebas-PKR.

Mengikut berita terkini, ADUN Changkat Jering telah dikeluarkan waran tangkap. Apakah ini juga membawa kepada satu lagi pilihanraya kecil???

Hanya Allah jua yang tahu. Dan segala apa yang berlaku adalah ketentuanNya jua.

Friday, February 6, 2009

Nampaknya... Sultan pun nak di saman BEKAS MB

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

Perak ohhh Perak

Pembangkang mengata dulang paku serpih
Oleh ZULKIFLEE BAKARzulkifli.bakar@utusan.com.my
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut? Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?
Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.
Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.
Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.