"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Thursday, February 26, 2009

Perubahan Jadual Perhimpunan Agung UMNO 2008



KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan akan berlangsung 24 hingga 28 Mac hadapan berubah memandangkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau telah ditetapkan pada 29 Mac 2009.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang semalam bersetuju untuk memendekkan tempoh Perhimpunan Agung UMNO 2008 dengan memanjangkan tempoh perbahasan hingga ke waktu malam pada 27 Mac.

Dalam perkembangan tersebut, acara untuk, hari pertama dan kedua iaitu 24 dan 25 Mac tiada sebarang perubahan apabila dimulakan Majlis Taklimat Presiden dan malamnya akan berlangsung pula majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Pada 25 Mac 2009 Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri berjalan dan proses pengundian untuk mengisi jawatan exco diadakan manakala di sebelah malamnya akan berlangsung Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi.

Sementara pada 26 Mac 2009 Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008 akan berlangsung diikuti dengan proses pengundian untuk pemilihan UMNO peringkat pusat dan seterusnya akan diadakan majlis jamuan makan malam “Jasamu Dikenang”.

Perubahan dilakukan pada 27 Mac apabila perbahasan akan berlangsung hingga ke sebelah malam dan dijangka sekitar jam 11.00 malam akan berakhir.

Oleh yang demikian, ucapan penggulungan dan penangguhan akan dilakukan pada 28 Mac dan dijangka akan berakhir lebih awal iaitu sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pemendekan masa ini dibuat bagi membolehkan ahli-ahli UMNO turun padang pada hari penamaan calon yang jatuh pada 29 Mac 2009 iaitu sehari lepas Perhimpunan Agung UMNO.

Berhubung dengan pemilihan UMNO, rentetan pada majlis cabutan nombor calon yang telah diadakan pada 24 Februari 2009 dan ianya telah berjalan dengan sempurna, satu garis panduan berkaitan perkara ini dikeluarkan iaitu:

i. Butiran peribadi yang lengkap seperti gambar, no. telefon, alamat dan jawatan yang ingin ditandingi dibenarkan dicetak pada kad nama calon/jentera.

ii. Kempen menggunakan media elektronik dan internet seperti sistem pesanan ringkas (SMS) dan email dibenarkan selagi ianya tidak memfitnah/ mencela/ mengkeji calon yang lain


Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai nombor calon bagi calon-calon dari negeri JOHOR.

No comments: