"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Sunday, April 5, 2009

Terus berjanji untuk tidak dikotakan!!!

Berita diambil dari MStar Online

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.

"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).

"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.

"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

-------------------------------------------------------------

1. Ini juga antara drama-drama yang disusun oleh Anwar sejak PRU12 tahun lalu.


2. Satu-persatu janji dilafazkan untuk tidak dikotakan. Jika diamati akan kejutan yang akan dikejutkan selepas 7 April 2009, ianya ternyata sekadar untuk meraih sokongan pengundi.


3. Pengundi harus rasional! Tidak perlu diberi undi untuk Pakatan Remeh! Kejutan tersebut HANYA akan diberitahu jika PR menang ketiga-tiga kerusi.

4. Pengundi akan terkejut andainya salah satu kerusi kalah dan Anwar akan kata "Saya dok kata, saya akan beri kejutan jika kita menang semua tiga kerusi. Memandangkan kita tak menang, saya tangguhkan dulu kejutan tersebut". PR akan tersungkur! Bukan satu, bukan dua, tapi semua kerusi tidak akan dimenangi!

5. Percayalah!!! Anwar akan terus memutar belitkan pemikiran kita selagi cita-citanya tidak tercapai!!!

6. Anwar tidak suka jalan lurus! Di suka membengkokkan jalan yang lurus. Maklumlah orangnya pun tak lurus.

Saturday, April 4, 2009

TUN Kembali ke UMNO


1. Alhamdulillah. Syukur.

2. Terima kasih Tun kerana memahami hasrat ahli-ahli UMNO yang merasai kesedihan tatkala Tun meninggalkan UMNO Mei tahun lalu.

3. Kehadiran Tun memang dinanti dan dihargai. Kami yakin, kehadiran Tun akan dapat membantu dan memantapkan lagi UMNO di bawah DS Najib Tun Razak.

4. Kedengaran pembangkang mula gusar dan menjadi cacing kepanasan apabila mendengar Tun akan kembali ke UMNO.

5. Ini kerana, mereka telah sedaya upaya mengajak Tun masuk pembangkang, namun, sebagaimana kata Tun "Hati Saya Dalam UMNO"

6. Pembangkanglah yang menjadi juara apabila Tun menegur Pak Lah. Kira jadi penokok tambah la konon.

7. Di Bukit Gantang, PAS sendiri telah mengakui mereka tertinggal di belakang dalam meraih undi orang Melayu berbanding UMNO / BN. Terang lagi bersuluh.

8. Wadah Tebrau yakin bukan setakat orang Melayu,kaum lain juga akan berubah sokongan kepada BN.

9. Semoga DS Najib akan mesra dan terus mesra dengan Tun. Pandangan dan komen Tun memang bernas dan berpandangan jauh demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.

10. Terima kasih Tun.

11. Alhamdulillah. Syukur.

Wednesday, April 1, 2009

Keputusan dan Janji


KEPUTUSAN

3 DUN kekal sebagai wakil rakyat

01/04/2009 5:03pm


IPOH 1 April – Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), kekal sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan masing-masing.

Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini. – Bernama



JANJI

Anwar berjanji lagi! Awas... kalau dahulu, bunyinya begini "HAri ni Perintah, esok minyak turun.

Kini, Anwar berjanji pula "Kalau hari ini kita perintah, esok semua orang Hindraf bebas"

Monday, March 30, 2009

Kembalinya Penghuni ke Rumahnya...

1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

Bukan BN cakap... Tapi bekas PKR yang canang..

"Dulu kita kata Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) Firaun tapi sekarang Anwar adalah Firaun, diktator...

Begitulah kata-kata yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India Kedah yang juga merupakan Ketua Bahagian PKR Jerai, B Kalaivanar yang telah membubarkan Bahagian tersebut serta mengisytihar keluar PKR. Mereka mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap Anwar.

Nampaknya Allah Maha Kaya...

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Majlis Tertinggi.

  1. Perasaan Udenikov bercampur baur... Bersyukur, gembira dan sedih.
  2. Bersyukur kerana pemilihan telah selamat dilangsungkan.
  3. Gembira kerana TSMY (Pagoh), DSHTHO (Sembrong) berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Juga gembira kerana 2 calon MT berjaya iaitu Dato' Dr Fuad Zarkashi (Batu Pahat) dan Dato' Dr Abd Latiff Ahmad (Mersing).
  4. Perasaan sedih juga ada dalam diri Udenikov kerana YAB Menteri Besar Johor tidak dapat menduduki kerusi MT pada penggal ini. Selaku peneraju negeri Johor, seluruh rakyat Negeri Johor mengharapkan YAB Menteri Besar dapat berada dalam saf MT.
  5. Selain itu, kekalahan Dato' Halimah juga memberi kesan kepada diri Udenikov. Setelah tewas dalam exco wanita, Dato' Halimah diharapkan dapat berada dalam barisan MT. Apakan daya, perwakilan telah bersuara melalui undi mereka.
  6. Semoga kepimpinan baru di bawah DS Najib Tun Razak akan terus berusaha memastikan UMNO terus-terusan menjadi teras kepada negara kita.
  7. Tugas getir menanti mereka khususnya menjelang penamaan calon padaAhad 29 Mac 2009 ini.

Keputusan Malam ini...

  1. Bagaimanakah pola isi hati para perwakilan Bahagian dalam memilih 25 MT, Timbalan dan Naib Presiden.
  2. Setakat udenikov menaip, pengiraan masih dijalankan.
  3. Setelah dikejutkan dengan keputusan sayap Pemuda semalam, Udenikov percaya akar umbi tergamam apabila Khairy Jamaludin menang jawatan tersebut.
  4. Pelbagai spekulasi kedengaran menjelang pengundian pagi tadi.
  5. Ada yang mengharapkan agar TSMY akan menang bagi menyelamatkan UMNO.
  6. Udenikov tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan yang bakal diketahui pada malam ini.
  7. Apa-apapun, mimpi ngeri kenyataan "Didapati bersalah dan berjaya menang Ketua Pemuda" menjadi realiti kepada pemuda.
  8. Sejauh mana sokongan pemuda di peringkat akar umbi kepada kepimpinan baru tidak diketahui.
  9. Sejauh mana kesan naiknya KJ kepada 3 pilihanaraya kecil bulan depan, tidak diketahui.
  10. Semoga UMNO akan terus bertakhta di hati orang Melayu.

Keputusan Sayap UMNO... Puteri

Klik di sini untuk keputusan Pemuda

Pengerusi Tetap : Azliza Azizan (445)
Timb Pengerusi Tetap : HASPALELA MOHAMAD HASAN) (499)

Ketua Puteri : Rosnah (245)
Naib Ketua Puteri : Shahanim (353)

EXCO
1. Mas Eriyanti (604)
2. Hasnizah Hasan (514)
3. Azlinda Zubir (510)
4. Zalinda (501)
5. Azmaiza Ahmad (498)
6. Norhaniza Md Tahir (482)
7. FARAHIYAH MOHD NORDIN (474)
8. Wan Salwati (465)
9. Dayang Maimunah (453)
10. Isfarina (444)
11. Wan Zawiyah (433)
12. Norsabrina (426)
13. Nor Azita (414)
14. Fatimah (400)
15. Seriwani (395)
16. Jamilah (388)
17. Ida Moid (384)
18. ANITA MURAD (379)
19. Zawiyah (377)
20. Rina Harun (375)

capital letter adalah dari JOHOR

Wednesday, March 25, 2009

Keputusan Sayap UMNO... Wanita

Keputusan Rasmi Wanita UMNO:- 9.15 malam

PENGERUSI TETAP Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd
KETUA Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil............ (507 undi) TS Rafidah (280 undi)
NAIB KETUA Datuk Kamilia Ibrahim....................... (menang tanpa bertanding)

EXCO
1. Hasnah Salam............................. (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid................. (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari....................... (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin.................. (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn............... (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar..................... (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim...................... (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff ....................... (416 undi)
9. Noriah Mahat............................. (412 undi)
10. Ros Suryati Alang....................... (405 undi)
11. Jamelah A Bakar......................... (400 undi)
12. Suraya Yaacob........................... (388 undi)
13. Azihani Ali............................. (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim..................... (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain............... (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan .................... (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun................... (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin... (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad ....................... (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor................. (344 undi)

Persidangan Pemuda UMNO Malaysia.

komen udenikov berkaitan dengan suasana di PWTC pada pagi ini (25 Mac 2009) boleh diikuti di laman blog Pemuda UMNO Kg Pasir Putih.

klik di sini untuk bacaan seterusnya

Tuesday, March 17, 2009

Gobind digantung 12 bulan

1. Tahniah dan ambillah pengajaran di atas kelancangan dan keberanian tidak bertempat Gobind Singh.

2. Tindakan yang dikenakan ke atas Gobind amat dialu-alukan.

3. Eksen tidak bertempat dan tidak menjaga tatasusila selaku Ahli Parlimen yang dipilih pada PRU12.

4. Kurang pasti sama ada pengundi bersetuju atau tidak dengan kelancangan Gobind.

5. Jika diimbas rekod 'digantung' dari menghadiri sidang Parlimen, Gobind telah dahulu di'nyah' 2 kali sebelum ini iaitu pada 30 Jun 2008 dan 26 November 2008.

6. Ternyata inilah budaya yang diperkenalkan oleh Anwar dan diserapkan dalam jiwa Ahli Parlimen PR. PR = Pakai Rempuh.

7. Eloklah semua mengambil pengajaran.

Tuesday, March 3, 2009

Alahai ... Sivakumar... Nizar

posting asal

Lihatlah dunia... Lihatlah Malaysia... Lihatlah Perak... Lihatlah...










Thursday, February 26, 2009

Harga Tol Naik: Perlu dipertimbangkan semula

Harga tol akan naik lagi bermula Mac ini. Begitulah berita terkini dalam akhbar2 online petang tadi dan dalam berita-berita utama sebentar tadi.

Baru-baru ini, udenikov dan sahabat-sahabat ada membuat sedikit kajiselidik. Salah satu soalannya adalah berkaitan dengab kenaikan harga tol! Ramai responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik menyatakan kenaikan harga tol menjadi salah satu punca sokongan rakyat berkurang terhadap Kerajaan.

Justeru, Kerajaan sememangnya wajar menimbang semula dan memikirkan semula keputusan menaikkan harga tol. Benar, semacam tidak kena dengan situasi sekarang yang melanda dunia. Kemelesetan Ekonomi yang menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Benar, kenaikan telah tertangguh hampir 14 bulan. TETAPI, pertimbangan boleh dilakukan. Mungkin Kerajaan perlu menahan seketika kenaikan harga tol.

Perubahan Jadual Perhimpunan Agung UMNO 2008



KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan akan berlangsung 24 hingga 28 Mac hadapan berubah memandangkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau telah ditetapkan pada 29 Mac 2009.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang semalam bersetuju untuk memendekkan tempoh Perhimpunan Agung UMNO 2008 dengan memanjangkan tempoh perbahasan hingga ke waktu malam pada 27 Mac.

Dalam perkembangan tersebut, acara untuk, hari pertama dan kedua iaitu 24 dan 25 Mac tiada sebarang perubahan apabila dimulakan Majlis Taklimat Presiden dan malamnya akan berlangsung pula majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Pada 25 Mac 2009 Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri berjalan dan proses pengundian untuk mengisi jawatan exco diadakan manakala di sebelah malamnya akan berlangsung Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi.

Sementara pada 26 Mac 2009 Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008 akan berlangsung diikuti dengan proses pengundian untuk pemilihan UMNO peringkat pusat dan seterusnya akan diadakan majlis jamuan makan malam “Jasamu Dikenang”.

Perubahan dilakukan pada 27 Mac apabila perbahasan akan berlangsung hingga ke sebelah malam dan dijangka sekitar jam 11.00 malam akan berakhir.

Oleh yang demikian, ucapan penggulungan dan penangguhan akan dilakukan pada 28 Mac dan dijangka akan berakhir lebih awal iaitu sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pemendekan masa ini dibuat bagi membolehkan ahli-ahli UMNO turun padang pada hari penamaan calon yang jatuh pada 29 Mac 2009 iaitu sehari lepas Perhimpunan Agung UMNO.

Berhubung dengan pemilihan UMNO, rentetan pada majlis cabutan nombor calon yang telah diadakan pada 24 Februari 2009 dan ianya telah berjalan dengan sempurna, satu garis panduan berkaitan perkara ini dikeluarkan iaitu:

i. Butiran peribadi yang lengkap seperti gambar, no. telefon, alamat dan jawatan yang ingin ditandingi dibenarkan dicetak pada kad nama calon/jentera.

ii. Kempen menggunakan media elektronik dan internet seperti sistem pesanan ringkas (SMS) dan email dibenarkan selagi ianya tidak memfitnah/ mencela/ mengkeji calon yang lain


Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai nombor calon bagi calon-calon dari negeri JOHOR.

Tuesday, February 17, 2009

Video Sidang Media ELizabeth WOng

SATU BUKIT LAGI


posting terkini... 3.51 pm

Anwar Ibrahim dikatakan menolak permohonan perletakan jawatan Elizabeth Wong.,

posting asal

DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE...
KUALA LUMPUR:
"Saya ambil keputusan letak kedua-dua jawatan ini selepas ambil kira kepentingan parti dan perjuangan terhadap rakyat," kata Elizabeth Wong yang mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, berkuat kuasa hari ini.

Dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, pagi ini, Ketua Publisiti Wanita PKR itu berkata, beliau akan menemui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyerahkan surat peletakan jawatan itu hari ini"

-----------------------------
Nampaknya, belum pun gendang Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau berbunyi... satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya kecil iaitu BUKIT Lanjan. Jadi bukan 2 bukit... nampaknya 3 bukit menjadi rebutan.

Tuesday, February 10, 2009

Pilihanraya lagi...

Nampaknya ada lagi pilihanraya kecil di awal tahun 2009.

Setakat ni, dua semacam confirm akan diadakan. Satu di Perak (parlimen) dan satu di Kedah (DUN).

Kedua-duanya Bukit.. Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kedua-duanya dipegang oleh PR sebelum ni. Satu Pas, Satu Bebas-PKR.

Mengikut berita terkini, ADUN Changkat Jering telah dikeluarkan waran tangkap. Apakah ini juga membawa kepada satu lagi pilihanraya kecil???

Hanya Allah jua yang tahu. Dan segala apa yang berlaku adalah ketentuanNya jua.

Friday, February 6, 2009

Nampaknya... Sultan pun nak di saman BEKAS MB

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

Perak ohhh Perak

Pembangkang mengata dulang paku serpih
Oleh ZULKIFLEE BAKARzulkifli.bakar@utusan.com.my
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut? Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?
Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.
Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.
Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.

Tuesday, January 6, 2009

Al-Kisah Losong 3 : Kenapa calon AKIM tarik diri???

1. Persoalan demi persoalan timbul, mempersoalkan tindakan calon AKIM, Harun Mohamad yang menarik diri dari PRK Kuala Terengganu.

2. Tidak pula diberitahu sebab musabab penarikan diri.

3. Presiden AKIM , Hanafi Mamat juga kecewa dengan tindakan tersebut. Lebih parah, Harun menyatakan sokongan pula kepada calon PAS.

4. Dengo kata, AKIM akan bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas Harun...

5. Tapi, kenapa ye????

Fikir-fikirkanlah...

Al-Kisah Losong 2

Tinta 10.58 pagi, waktu notebook udenikov.

1. Setelah proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima kertas penamaan bagi tiga orang.

2. Pada kertas penamaan yang dipamerkan untuk proses bantahan, tiga calon tersebut ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat, 45.

Tinta 10.03 pagi, waktu notebook udenikov.
1. setelah waktu penamaan calon ditutup,berdasarkan laporan terkini Utusan Malaysia dan Berita Harian, calon BN dan PAS telah mengemukakan borang pencalonan.

2. Manakala, calon AKIM yang mencanang untuk bertanding, telah menarik diri di saat akhir.

Tinta 9.14 pagi, waktu notebook udenikov.
1. Hari ini, tanggal 6 Januari 2009 merupakan hari Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu

2. Menonton lintas langsung Berita Terkini TV3 sebentar tadi, masih kelihatan calon Barisan Nasional yang sudah menghadirkan diri di pusat penamaan calon.

3. Udenikov akan menantikan maklumbalas dari semasa ke semasa rakan udenikov yang berada di Kuala Terengganu bagi mengemaskini maklumat khususnya berkaitan dengan pencalonan di PRK Kuala Terengganu.