"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Wednesday, July 16, 2008

PAS semakin lantang... mengenang nasib dalam PR

Pas bukan 'melukut di tepi gantang'
KUALA LUMPUR 15 Julai - Dewan Muslimat Pas Pusat hari ini menyokong pendirian tegas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.
Setiausaha dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kehadiran Pas dalam persada politik tanah air bukanlah seperti 'melukut di tepi gantang' kerana ada atau tiadanya jentera Pas memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP pada pilihan raya umum lepas.
Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah, minggu lalu.
Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.
Aiman Athirah, dalam satu kenyataan di sini hari ini, menegaskan bahawa Pas sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata, penguasaan Pas terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius.
"Justeru, tidak bermakna apabila Pas hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka Pas sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.
Oleh itu, katanya, adalah wajar Presiden Pas secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan pembangkang agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar Pas.
- Bernama
Justeru, katanya, prinsip dan dasar perjuangan Pas juga seharusnnya dihormati dan umat Islam di negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam sebenar dan bukan dalam pemikiran sempit beberapa pihak lain.
-------------------------------------------------------------------------
Udenikov dah kata dah... orang-orang PAS mula sedar kedudukan mereka dipandang sebelah mata je di kalangan PR. Orang-orang PAS perlu sedar, ahli-ahli mereka hanya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam. TAPI, PKR dan DAP tidak... Udenikov khuatir sekiranya mereka tidak sedar... banyak kemungkinan akan berlaku yang mampu mengganggu gugat nasib orang Melayu khususnya dan generasi-generasi akan datang.

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@

No comments: