"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Tuesday, July 15, 2008

Utusan 15 Julai 2007 - Anwar ingkari polis

Anwar ingkari polis * Gagal hadir beri keterangan kes liwat * Boleh kena tangkap

Oleh SHARILFUDDIN SAARI, SAIFUL SAHAK dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 14 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, polis mesti mengambil tindakan susulan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.

Katanya, Anwar bukan seorang yang istimewa sehingga membolehkannya terkecuali daripada peraturan dan undang-undang.

“Takkan Anwar mesti menjadi anak istimewa yang terkecuali daripada peraturan dan undang-undang?

“Kita suruh dia datang semalam, dia kata akan datang hari ini pukul 2.30 petang. Bila kita kata okey, dia tak datang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Syed Hamid yang enggan mengulas adakah tindakan susulan itu bermaksud Anwar akan ditangkap berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.


‘‘Ini kerja polis (tindakan susulan). Biarlah semua orang, siapa juga yang melakukan jenayah, dia akan tertakluk kepada undang-undang terutama yang melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.


‘‘Kalau tak ada, tak adalah. Lepaslah dia. Tak ada apa, kenapa takut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin pada sidang akhbarnya berkata, polis mempunyai tiga tindakan yang boleh diambil ke atas Anwar berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Antara lain Seksyen III (2) memperuntukan mana-mana individu yang tidak mematuhi notis menghadirkan diri mengikut Seksyen itu, boleh dikenakan waran mahkamah untuk diambil keterangan individu terbabit.

Anwar dikehendaki memberi keterangan bagi membantu siasatan kes liwat membabitkannya ekoran laporan polis bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu. Kes itu disiasat sebagai kes liwat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Peguamnya, S.N. Nair yang mengesahkan perkara itu, menegaskan Penasihat PKR itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK.

Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada waran tangkap akan dikenakan ke atas Anwar.

Beliau hanya menegaskan, ekoran kegagalan Anwar hadir memberi keterangan hari ini, polis akan bertindak mengikut Seksyen 111 kanun tersebut.

Tambahnya, polis selama ini telah memberi pelbagai ruang dan kelonggaran kepada Anwar untuk menentukan sendiri tarikh memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Kita telah terima secara lisan persetujuan beliau hadir dan diambil keterangan pukul 2 petang hari ini, sebab itu satu notis ikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah telah cuba diserahkan kepada Anwar di rumahnya di Segambut di sini semalam.

“(Walaupun telah ada persetujuan lisan) notis itu perlu bagi menunjukkan ia panggilan rasmi daripada polis.

“Petang ini, selepas kita panggil beliau untuk diambil keterangan tetapi malangnya beliau tidak hadir,” katanya.

Mengenai dakwaan peguam Anwar bahawa surat pemberitahuan yang difaks pukul 5 petang semalam kepada beliau tentang ketidakhadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu petang ini, Mohd. Bakri memberitahu: “Sepanjang hari saya di pejabat, saya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tak terima apa-apa surat (daripada Anwar).”

Beliau menegaskan, proses mengambil keterangan daripada Anwar itu adalah perkara biasa bagi pihak polis melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa keluarga Anwar berasa terganggu ketika cubaan polis menyerahkan notis dipanggil memberi keterangan itu, Mohd. Bakri berkata, ia cuma andaian semata-mata.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, siapa juga yang melakukan jenayah akan tertakluk kepada undang-undang terutama melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.

Katanya, Anwar tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah.

Malah, kata belaiu, kalau ada laporan polis, langkah terbaik bagi membuktikan laporan ini tidak betul ialah dengan memberikan keterangan kepada polis.

“Polis kini hanya mempunyai keterangan daripada sebelah pihak (Mohd. Saiful). Mereka juga telah membuat semua penyiasatan yang perlu dan keterangan diambil begitu beradab dan tertib,'' katanya

--------------------------------------------------------------------------------------

Udenikov rasa ... Berani kerana benar, Takut kerana salah. Orang-orang yang dikatakan menjadi dalang konspirasi telahpun tampil. Tetapi, orang yang menyatakan dirinya tertindas, masih belum membuat keterangan kepada pihak polis. Atau,mungkin ada pula suara yang memberi nasihat, Enta tidak perlu memberi keterangan... Entahlah...Nilailah nilailah...

@@@ tepuk dada, tanyalah iman @@@


No comments: