"Orang yang hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung... Orang yang hari ini sama dengan dengan hari semalam adalah orang yang rugi... Orang yang hari ini lebih teruk daripada hari kelmarin adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri... Salam Hijrah 1430H"

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”

- Tengku Mahkota Pahang

Thursday, August 7, 2008

Kesesakan lagi di KL...

"Beginikah tugas polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan bertindak menyusahkan orang ramai." kata seorang pemanggil yang enggan dikenali.

itulah ayat-ayat yang udenikov baca dalam harakahdaily tentang kesesakan jalanraya yang berlaku di ibu negara ekoran seorang INDIVIDU yang akan didakwa di mahkamah.

Betullah apa yang pihak polis lakukan. Bukankah pengikut2 INDIVIDU tersebut memang taksub dan bisa meranapkan kemakmuran yang ada pada hari ini? Lupakah mereka kepada apa yang berlaku pada tahun 1998-1999? Lupakah kehancuran yang membawa kepada suasana huru hara pada masa itu? Lupakah? Lupakah?

Polis tidak salah melakukan sekatan jalan raya. Tindakan bijak! Pengikut INDIVIDU tersebut akan melakukan apa sahaja demi INDIVIDU mereka.

Itulah pandangan Udenikov... Lain orang, lain pandangan mereka.

1 comment:

Akar Umbi said...

Saya petik dan pinjam ungkapan saudara yang seperti berikut:

"Betullah apa yang pihak polis lakukan. Bukankah pengikut2 INDIVIDU tersebut memang taksub dan bisa meranapkan kemakmuran yang ada pada hari ini? Lupakah mereka kepada apa yang berlaku pada tahun 1998-1999? Lupakah kehancuran yang membawa kepada suasana huru hara pada masa itu? Lupakah? Lupakah?"

Kesan dari gerakan tersebut memang hebat, namun BN masih mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen selepas pilihanraya 1999. Namun, sebaliknya satu kejadian pelik lagi tragis berlaku pada pilihanraya 2004.

Cerita saya lebih tertumpu di negeri Selangor, protes berlaku secara senyap. Pondok polling pembangkang lengang malah ada yang tiada petugas samasekali. Peliknya, PDM tewas dan membawalah kepada kawasan DUN dan parlimen tewas. Malah negeri pun akhir diperintah pembangkang.

Daripada feedback pengundi atas pagar mereka begitu prejudis kepada UMNO. UMNO dianggap ada kepentingan yang direbut2 oleh pemimpin2 UMNO.

Justeru saya berpendapat, biarlah kita nampak musuh yang nyata daripada kita mempunyai musuh dalam selimut. Aneh juga bila melihat pemilihan UMNO menjadi sengit di kebanyakan bahagian, walhal keyakinan rakyat kepada parti semakin terhakis.

Apa pun kisah ini tidak melibat UMNO Johor...